Ada tak yang rindu nak tonton gandingan Park Bo-young bersama Park Hyung-sik dalam “Strong Woman Do Bong-soon”?
Bagi yang belum tahu, Park Bo-young dan Park Hyung-sik pernah sama-sama membintangi drama “Strong Woman Do Bong-soon”, yang ditayangkan pada 2017 dahulu.
Terbaru, Park Bo-young telah melakukan siaran langsung menerusi V Live untuk berinteraksi dengan peminat. Ketika sedang berborak, pelakon itu berkongsi bahawa drama “Strong Woman Do Bong-soon” adalah sangat menyeronokkan. Katanya,
Bong-soon seronok. Bukankah sebelum ini saya pernah menyebut bahawa ‘Strong Woman Do Bong-soon’ itu menyeronokkan?
https://twitter.com/Rimi2129/status/1586364856089063429?s=20&t=FW0rrn8X6bogabSIdft75Q
Sambungnya lagi dalam memuji rakan pelakonnya Park Hyung-sik,
Hyung-sik sungguh comel. Seorang dermawan sebenar, saya akui dia sangat comel dan baik hati. Tidak ada lelaki seperti dia di dunia ini.
Alolo rindu kan nak tengok dorang berlakon sekali?