Ikuti Kami:

“Dia Sabar Sahaja Bila Saya Marah” – Lee Minjung Kongsi Kisah Rumah Tangga Bersama Lee Byunghun

“Dia Sabar Sahaja Bila Saya Marah” – Lee Minjung Kongsi Kisah Rumah Tangga Bersama Lee Byunghun

Jarang nak dengar cerita mengenai kisah rumah tangga Lee Byung-hun dan Lee Min-jung kan?

Terbaru, wanita itu berkongsi cerita mengenainya menerusi rancangan “Yoo Quiz On The Block”.

Lee Min-jung juga sempat menyampaikan kisah mengani pro dan kontra apabila suami dan isteri bekerja sebagai pelakon. Jelasnya, semasa mula berlakon, dia cuba menunjukkan ekspresi hanya berdasarkan skrip. Namun ianya berubah apabila mendengar kata-kata Lee Byung-hun,

Kalau awak rasakan awak boleh beri perasaan yang lebih, buat sahaja lagi dan tambah ad-lib. Seorang pelakon patut menambahkan berat kepada wataknya. Bagaimana ianya hanya boleh disampaikan dengan tulisan sahaja?

lee minjung lee byunghyun

Tambahnya,

Seorang yang memahami awak ialah seseorang yang melakukan kerja sana dengan awak. Saya merasakan ia adalah sesuatu yang baik buat saya kerana mempunyai senior di mana saya boleh bertanya itu dan ini.

Mengenai hubungannya bersama suami pula, Lee Min-jung mengakui bahawa Lee Byung-hun banyak bersabar dengannya,

Apabila kami bersama. kami banyak bercakap dalam nada tinggi berbanding rendah tapi saya akan melupakannya dan bercakap dengan nada yang sangat tinggi apabila marah. Meskipun saya suka menjerit ketika tertekan, suami saya pandai mengawalnya. Dibandingkan dengan percakapan saya yang tak tersusun, dia sangat lembut dan baik. Ibu dan ayah saya akan berkata, ‘Min-jung, bawa bertenang.’ Walaupun ada banyak orang dewasa di sekeliling, saya akan menjerit ‘Oppa!’ padanya.

lee minjung lee byunghyun

Respon Yoo Jae-suk,

Seronok kalau Lee Byung-hyun ada di sini, saya mahu bertanya bagaimana keadaannya sekarang.

Balas Lee Min-jung,

Tapi selepas saya melepaskan stres, saya seorang isteri yang baik. Sebab tiada yang berbekas di hati lagi. Dia sahaja yang mengalami waktu yang sukar.

Untuk pengetahuan, Lee Min-jung dan Lee Byung-hun berkahwin pada Ogos 2013 dan memiliki seorang anak berusia 8 tahun iaitu Jun-hu.

Biasa lah alam perkahwinan, mesti ada yang mengalah kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...