Ikuti Kami:

“Dia Punyai Potensi Di Atas Pentas…” – PD Girls Planet 999 Minta Peminat Berhenti Kecam Huening Bahiyyih

“Dia Punyai Potensi Di Atas Pentas…” – PD Girls Planet 999 Minta Peminat Berhenti Kecam Huening Bahiyyih

Penerbit program survival “Girls Planet 999” mempertahankan Huening Bahiyyih KEP1ER.

Huening Bahiyyih, juga dikenali sebagai adik kepada ahli TXT, Hueningkai, telah dibuli oleh beberapa peminat KEP1ER.

Banyak komen negatif yang diberikan kepadanya kerana hubungannya dengan Hueningkai.

huening bahiyyihKini, penerbit program Mnet “Girls Planet 999” meminta netizen menghentikan kebencian mereka terhadap ahli KEP1ER itu. Dalam temu bual, Produser Kim Shin-young dan Jung Woo-young menyatakan,

Cerita menyedihkan seperti ini keluar selepas ahli pasukan disahkan untuk debut. Dia seorang yang menerima banyak cinta dan undian daripada peminat di peringkat antarabangsa. Malah kakitangan dapat melihat daya tarikannya dan dia mempunyai potensi di atas pentas.

Mereka juga menyatakan,

Kami berharap semua orang akan menyokong kumpulan baharu ini, termasuklah Huening Bahiyyih.

KEP1ER

Janganlah benci-benci, mereka semua memang layak untuk debut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...