Ikuti Kami:

“Dia Perlu Tapis Rakan-Rakan Dia..” – Seunghan RIIZE Terpalit Kontroversi Sekali Lagi

“Dia Perlu Tapis Rakan-Rakan Dia..” – Seunghan RIIZE Terpalit Kontroversi Sekali Lagi

Lagi sekali?

Sebelum ini, Seung-han yang merupakan salah seorang ahli Kumpulan RIIZE tular selepas seseorang mendedahkan kehidupan pra-debutnya apabila gambar dia dan teman wanitanya yang sedang berciuman didedahkan.

Malah, antara gambar yang didedahkan terdapat juga gambar mereka sedang berada di sebuah motel. Rata-rata peminat tidak gembira dengan perkara ini. Ada juga diantara mereka yang mengutuknya kerana tidak berhati-hati walaupun dia memegang status sebagai pelatih ketika itu.

seunghan scandal

Namun baru-baru ini tular sekali lagi dimana pada 10 Oktober, sebuah siaran komuniti dalam talian telah berkongsi satu tangkapan skrin bilik sembang di KakaoTalk.

Di mana, bilik sembang yang dibuat khas untuk peminat Seung-han itu telah kecoh selepas seseorang berkongsi gambar  tangkapan skrin Seung-han yang sedang membuat siaran langsung bersama dengan wanita yang didakwa sebagai teman wanitanya di Instagram.

Pemilik akaun dengan nama pengguna Nang Nang yang berkongsi tangkapan skrin itu berkata,

Mereka berkata dia masih lagi melakukan siaran langsung di Instagram secara sembunyi bersama dengan teman wanitanya walaupun selepas debut.

Siaran langsung itu didapati telah dilakukan di akaun peribadi milik Seung-han dan hanya ada empat akaun sahaja yang sedang menonton siaran langsungnya itu.

seunghan ss

Peminat mula mengatakan tentang rakannya yang telah mengkhianatinya dengan mendedahkan gambar tersebut.

Ketika perkara itu berlaku, hanya ada empat orang sahaja yang menonton siaran langsung tersebut jadi ianya kelakar bila dia didedahkan oleh rakannya sendiri..Seung-han, awak kena perhatikan rakan awak betul-betul.

Malah, netizen juga tidak begitu cepat untuk memaafkan. Lagipun kejadian sebelum ini juga telah meninggalkan kesan kepada peminat.

Dia seperti ini kerana jika dia menangis dan memerah air mata lagi, orang mungkin akan memanjakannya semula.

 

Selepas debut? LOL. Betul la bahawa tiada penghujungnya selepas sesuatu telah terdedah.

 

Dia perlu menapis kawan-kawannya dahulu.

 

Kalau kes ni jadi jadi sebelum kes motel haritu tular, mesti lagi kecoh.

Sementara itu, syarikatnya SM Entertainment masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Panas betul kan cerita kali ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...