BABYMONSTER akan kembali dengan single baru buat peminat!
Terbaru, BABYMONSTER telah mengumumkan keluaran single baru mereka berjudul “Hot Sauce”, yang akan dikeluarkan pada 1 Julai nanti.
Namun, ketiadaan Rami dalam poster yang dimuat naik jelas menjadi persoalan ramai, yang menggesa kenyataan dari agensi.
Sebagai respon, YG Entertainment menjelaskan,
Rami masih memerlukan masa yang cukup untuk pulih. Keputusan ini dibuat dengan memikirkan artis kami sebagai keutamaan jadi, kami meminta pemahaman anda.
Untuk pengetahuan, Rami juga turut dikecualikan dari konsert jelajah BABYMONSTER di Asia, kerana dia perlu menerima rawatan yang konsisten disebabkan kesihatannya yang dilihat tidak bertambah baik.
Sementara itu, kumpulan tersebut juga merancang untuk mengeluarkan single kedua pada bulan September dan album mini pada Oktober.
Cepat sihat tau Rami!