Ikuti Kami:

“Dia Perhatikan Dari..” – Aron Bekas Ahli NU’EST Dedah 4 Situasi Seram Bersama Peminat ‘Sasaeng’

“Dia Perhatikan Dari..” – Aron Bekas Ahli NU’EST Dedah 4 Situasi Seram Bersama Peminat ‘Sasaeng’

Betul ke ni?

Kumpulan NU’EST merupakan antara kumpulan yang terkenal di Korea. Disebabkan itu, mereka telah menghadapi beberapa situasi buruk bersama dengan peminat ‘sasaeng’.

Semasa membuat penampilan sebagai tetamu di dalam rancangan podcast “Korean Pizza Club”, Aron yang sebelum ini merupakan ahli NU’EST telah berkongsi empat detik paling menyeramkan dengan ‘sasaeng’.

Mengekori keretanya 

Daripada menghormati privasi mereka, peminat ‘sasaeng’ tersebut sering mengekori kereta mereka ke mana sahaja.

Aron berkata,

Ianya buat saya takut sampai sekarang. Malah, saya juga akan singgah ke beberapa tempat sebelum saya pulang ke rumah untuk memastikan bahawa tiada kereta yang mengekori saya selepas saya balik dari kerja.

aaron nuest

Tunggu di depan pagar rumah

Ahli NU’EST ini mendedahkan bahawa dia pernah terjumpa seorang wanita yang menunggu dan duduk di hadapan pagar rumahnya.

Katanya,

Rumah saya ada kemera litar tertutup. Tapi ada satu hari ni ada seorang perempuan duduk tunggu dan perhatikan saya dekat depan pagar. Bila saya cuba dekatinya dia terus lari. Sampai sekarang saya tak tahu macam mana dia boleh dapatkan alamat saya.

Menyorok di tangga

Aron mendedahkan bahawa ketika kesemua ahli NU’EST tinggal bersama di sebuah pangsapuri 17 tingkat, mereka sering melihat ramai perempuan yang menyorok di tangga dan curi-curi mengambil gambar mereka. Malah, peminat itu juga menunggu mereka selama berjam-jam.

aaron

Berkhemah di tempat letak kenderaan

Tambah penyanyi itu, keadaan menjadi semakin menekankan selepas peminat-peminat itu berkhemah di kawasan tempat kenderaan rumah mereka. Ianya menyebabkan mereka tidak rasa selamat sama ada di luar atau di dalam rumah mereka sendiri.

Adu penyanyi itu,

Saya masih ingat masa mereka berkhemah di luar rumah kami. Kami lagsung tak dapat sebarang privasi dan mereka juga sering ikut kami ke mana sahaja kami pergi.

Menyeramkan betul!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...