Dalam diam, Song Ji-hyo mungkin sedang menjaga tubuh badannya dengan ‘intense’ kini.

Aktif sebagai duta jenama kecantikan Glutanex kini, pelakon wanita itu dilihat menjelajah ke serata Asia Tenggara bagi menghadiri perjumpaan peminat dan konsert mini bersama anjuran Watsons.
Ketika di Malaysia beberapa bulan lalu, seorang peminat bertuah turut dipilih sebagai pemenang utama di mana dia berpeluang untuk ke Korea dan melawat ibu pejabat Glutanex bersama Song Ji-hyo.
Terbaru, lelaki yang memenangi hadiah berkenaan telah memuat naik gambar bersama ahli “Running Man” itu ketika berada di sana.
@rickyfiq Thank you ji hyo noona for give me a lot of item and Thank you too Glutanex Hq for give hospitality give too us. Kamsahamida #glutanexmalaysia #Glutanex #korea #mapo ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282
Teruja dengan tuah pemenang berkenaan, namun peminat nampaknya lebih terpersona melihat perubahan ketara pada otot lengan Song Ji-hyo. Tak pernah kelihatan sebelum ini, namun ‘biceps’ pelakon wanita berkenaan kelihatan semakin menebal sekaligus rama tertanya-tanya sama ada dia aktif bersenam kini.
Komen peminat,
Nampak beza betul ototnya dalam beberapa bulan ini.
Dia kena pakai lebih banyak t-shirt pendek dan jeans sebegini. Kami nak tengok ototnya dengan lebih jelas!
Saya nak menangis..
Wow~
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉