Merupakan seorang penyanyi berbakat, IU nampaknya ada peminat dari pelbagai peringkat umur!
Baru-baru ini, seorang peminat dari Amerika bernama Zev Latet, telah berkongsi video ketika menghadiri konsert jelajah IU di Oakland.
Untuk pengetahuan, IU sendiri yang menjemput lelaki itu untuk datang ke konsertnya selepas menonton salah satu videonya.
View this post on Instagram
Sebelum ini, lelaki berusia 76 tahun itu memang sering menunjukkan minatnya kepada wanita tersebut dengan memuat naik reaksi ketika menonton muzik video IU.
Dalam video yang dikongsi, penyanyi “Blueming” itu nampak mesra bergambar dengan peminat ‘atuk’nya itu, yang turut datang bersama isterinya.
Malahan dalam video yang dimuat naik di YouTube selepas selesai menghadiri konsert itu, Zev Latet meluahkan perasaan gembiranya dan turut berkongsi bahawa dia menerima hadiah daripada IU,
IU memeluk saya dan saya dapat memeluknya kembali. Ia benar-benar seperti mimpi yang menjadi kenyataan.
Tumpang gembira untuk ‘atuk’ ni! Hehe
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.