Ikuti Kami:

“Dia Peluk Saya..” – Kenal Dari ‘Start-Up’, Kim Seonho Dedah Hubungan Rapat Dengan Nam Joohyuk

“Dia Peluk Saya..” – Kenal Dari ‘Start-Up’, Kim Seonho Dedah Hubungan Rapat Dengan Nam Joohyuk

Sudah 4 tahun sejak drama “Start-Up” ditayangkan, Kim Seon-ho dan Nam Joo-hyuk nampaknya masih rapat sehingga kini.

Baru-baru ini, saluran YouTube ‘by PDC’ telah memuat naik video menampilkan Kim Seon-ho, di mana pelakon lelaki itu berkongsi perjalanannya berjalan kaki dari kawasan rumahnya ke Daehakro, untuk persembahan teaternya.

Ketika sedang berjalan, pelakon lelaki itu ada bercakap tentang persahabatannya dengan rakan pelakon dari “Start-Up” iaitu Nam Joo-hyuk,

Orang ramai adalah penting untuk saya. Saya berjumpa dengan Nam Joo-hyuk yang muncul dalam ‘Start-Up’ dengan saya dan saya ingat dia pernah tiba-tiba memeluk saya tanpa berkata apa-apa.

Luahnya lagi,

Pada masa itu saya fikir ‘Dia adalah seperti abang saya’ walaupun dia adalah adik saya. Ia adalah perasaan yang bagus.

kim seonho

Meskipun drama itu sudah lama berlalu, Kim Seon-ho turut berkongsi bahawa dia masih mempunyai hubungan baik dengan pasukan produksi,

Pengarah dan penulis ada datang untuk menonton persembahan saya. Semua orang memang baik kepada saya.

Ini petanda kena tonton balik ke drama “Start-Up”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...