Ikuti Kami:

“Dia Patah Balik Untuk..” – Raih Pujian, Peminat Bertuah Kongsi Pengalaman Manis Terserempak Dengan Na Inwoo

“Dia Patah Balik Untuk..” – Raih Pujian, Peminat Bertuah Kongsi Pengalaman Manis Terserempak Dengan Na Inwoo

Bukan sahaja seorang pelakon berbakat, Na In-woo juga turut dihormati ramai kerana peribadinya yang disenangi.

Baru-baru ini, seorang peminat telah berkongsi di laman komuniti dalam talian, pengalamannya apabila secara tidak dijangka terserempak dengan Na In-woo.

Menurut peminat itu, dia dan rakan-rakannya melihat seorang lelaki yang sangat tinggi memakai topi, sedang duduk di meja sebelahnya.

Apabila sedar bahawa lelaki itu adalah Na In-woo, mereka terus meminta autograf pelakon tersebut dan dia dengan rendah hari terus melutut ke atas lantai untuk menandatangani di buku sekolah mereka.

na inwoo

Selain itu, peminat tersebut turut bercakap tentang sikap mesra Na In-woo, yang datang kembali kepada mereka selepas 20 hingga 30 minit, untuk memberikan mereka hadiah sambil berkata,

Ada bau yang berbeza untuk krim tangan, jadi awak semua boleh berkongsinya dengan satu sama lain.

Selepas hantaran itu tular, netizen rata-rata kagum dan terus memberikan pujian atas sikap baik pelakon “Marry My Husband” itu.

Untungnya peminat tu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...