Ikuti Kami:

“Dia Paling Sesuai..” – Pengarah ‘The Marvels’ Dedah Hubungi Park Seojoon Selepas Tonton ‘Itaewon Class’

“Dia Paling Sesuai..” – Pengarah ‘The Marvels’ Dedah Hubungi Park Seojoon Selepas Tonton ‘Itaewon Class’

Biar betul?

Pada 7 November, pengarah filem “The Marvels” iaitu Nia DaCosta telah ditemu bual oleh wartawan Korea mengenai filem terbarunya yang menampilkan Park Seo-joon. Di mana, pengarah itu telah mendedahkan bahawa dirinya sudah lama meminati budaya Korea termasuk K-Drama dan K-Pop sejak dari usia 17 tahun.

Malah, pengarah yang berusia 33 tahun itu juga menyatakan bahawa dirinya sangat meminati drama “Itaewon Class” lakonan Park Seo-joon.

Katanya,

Masa pandemik COVID-19 melanda, saya banyak habiskan masa saya dengan menonton drama ‘Itaewon Class’ dan Park Seo-joon telah menarik perhatian saya.

the marvels

Tambah pengarah itu,

Masa itu jugalah saya dah buat keputusan bahawa Park Seo-joon merupakan pelakon yang paling sesuai untuk bawa sebagai Putera Yan. Selepas itu, saya sendiri yang hubungi dia dan ajak dia sertai filem ini.

Tidak berhenti di situ, pengarah itu berkata,

Park Seo-joon seorang yang sangat berbakat dan sangat disukai ramai ketika rakaman berlangsung. Walaupun muncul hanya seketika, tetapi watak yang dibawanya merupakan watak yang penting untuk membantu Kapten Marvel.

Filem “The Marvels” ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula 8 November ini.

Korang semua dah beli tiket ke belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...