Ikuti Kami:

“Dia Nampak Penat..” – Peminat Risau Lihat Jung Hoyeon Kelihatan Kurus

“Dia Nampak Penat..” – Peminat Risau Lihat Jung Hoyeon Kelihatan Kurus

Jung Ho-yeon ternyata merupakan antara bintang popular yang menjadi sebutan ramai kini!

Memulakan karier seni sebagai model, wanita itu pastinya mempunyai badan yang langsing dan ramping seperti kebiasaan dilihat pada individu yang bekerja di dalam bidang itu.

Walaubagaimanapun, penampilan terbarunya dalam sebuah entri di Instagram menimbulkan kerisauan ramai.

Dilihat terlalu kurus dalam gambarnya memaki gaun labuh sehingga ternampak tulang di dada, rakan pelakon dan peminat mula meninggalkan komen meminta model itu supaya menjaga kesihatan dirinya.

jung hoyeon

Komen pelakon Park Ju-hyun,

Kawan, badan awak kelihatan seperti hanya tinggal tulang sahaja.

Komen peminat lain pula,

Kenapa dia semakin kurus? Makan sesuatu.

 

Keadaan awak merisaukan saya.

 

Saya tahu model mempunyai standard badan yang perlu diikuti tapi pastikan awak makan dengan baik dan mendapatkan nasihat pakar untuk diet yang holistik.

 

Saya tak tahu sekiranya ada yang perasan tetapi dia nampak penat.

Harap Jung Ho-yeon mendapat rehat yang secukupnya selain kesihatan dirinya dijaga.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...