Ikuti Kami:

“Dia Nampak..” – Kim Haneul Dedah Reaksi Suami Lihat Babak Ciuman Bersama Pelakon Lelaki Lain

“Dia Nampak..” – Kim Haneul Dedah Reaksi Suami Lihat Babak Ciuman Bersama Pelakon Lelaki Lain

Kim Ha-neul telah menceritakan reaksi suaminya apabila menonton babak ciumannya bersama pelakon lain.

Pada 11 Mac, Kim Ha-neul telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan YouTube milik Shin Dong-yeob. Di mana, dia telah menceritakan serba sedikit mengenai suaminya.

Katanya,

Suami saya sangat kacak dan comel di mata saya. Malah kami juga mempunyai citarasa yang sama. Sehingga satu tahap, kami sanggup beratur panjang selama berjam-jam hanya untuk cuba makanan yang sedang tular.

Tambahnya,

Dia juga sentiasa sokong saya dalam setiap projek yang saya lakukan, walaupun projek tersebut mengandungi babak ciuman.

kim-haneul-husband

Sambungnya,

Suami saya kelihatan seperti tidak terganggu walaupun dia sedang lihat saya berciuman dengan pelakon lelaki lain. Apabila saya tanya jika dia cemburu atau tidak, dia akan membalas ‘ini merupakan sebahagian daripada kerja awak. Saya tak cemburu sebab saya tahu yang ianya tidak benar’.

Romantiknya suami Kim Ha-neul!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...