Bukan sahaja seorang pelakon berbakat, Park Bo-gum juga diminati ramai kerana hatinya yang baik.
Baru-baru ini, Park Bo-gum dan IU telah muncul sebagai tetamu dalam program DdeunDdeun di YouTube, bagi mempromosikan drama terbaru mereka “When Life Gives You Tangerines”.
Dalam video itu, mereka sempat membaca satu komen dari salah seorang kru produksi yang memuji Park Bo-gum, ketika rakaman drama “Record of Youth” pada 2020 yang lalu. Khususnya, komen itu berbunyi,
Bo-gum, yang menaiki bas bersendirian pada hari cutinya untuk belikan kami piza. Bo-gum yang mengedarkan kepingan piza kepada semua orang dan berbual dengan kami selama tiga jam. Bo-gum yang menonton semula adegannya sendiri selama berjam-jam untuk memperbaiki dirinya. Bo-gum yang berjalan-jalan dengan pad nota untuk mengambil pesanan kopi untuk semua orang.
Individu itu meneruskan lagi,
Saya tidak akan melupakan semua ini. Ada banyak lagi cerita seperti ini tetapi saya tidak boleh tulis semuanya. Dia adalah orang paling baik yang saya pernah jumpa dan saya percaya dia akan sentiasa begitu. Saya harap dia mencapai kejayaan yang lebih besar dan kita dapat melihatnya di skrin selama mungkin. Saya ikhlas menyokongnya.
Patut la ramai sayang Park Bo-gum!