Ikuti Kami:

“Dia Muncul Dalam Semua Program Hiburan Kecuali ‘Running Man’” – Lee Kwangsoo Dipersoal?

“Dia Muncul Dalam Semua Program Hiburan Kecuali ‘Running Man’” – Lee Kwangsoo Dipersoal?

Sedar tak sedar, dah 3 tahun Lee Kwang-soo meninggalkan “Running Man” meskipun program itu sangat sinonim dengan imejnya.

Jelasnya, dia mahu mengambil masa untuk membiarkan kecederaan pada kaki sembuh sebelum memberikan fokus pada karier lakonan. Pun begitu, sejak dari itu, lelaki tersebut dilihat muncul dalam pelbagai program hiburan lain seperti “Korea No 1”, “The Zone: Survival Mission”, “Reap What You Sow” dan banyak lagi.

Terbaru, Lee Kwang-soo disahkan bakal muncul sebagai tetamu dalam program terbaru SBS bertajuk “Whenever There’s Chance” di mana ianya diarahkan oleh bekas pengarah “Running Man” iaitu Choi Bo-pil. Malah ia dihoskan oleh Yoo Jae-suk dan Yoo Yeon-seok di mana mereka merupakan antara rakan yang rapat dengan Lee Kwang-soo.

Dari teaser awal yang dikongsikan SBS, dapat dilihat pertelingkahan manja antara mereka bertiga malah kelihatan seperti Lee Kwang-soo juga merupakan antara hos tetap meskipun hanya menjadi tetamu untuk episod awalnya. Komen penonton selepas melihat klip ini,

  • Macam best je? Boleh tukar dari ‘Running Man’.
  • Dia muncul dalam semua program kecuali ‘Running Man’.
  • Kalau dah macam ni, baik kembali balik dalam ‘Running Man’ je.

Hmm.. dah dia selesa macam tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...