Ikuti Kami:

“Dia Minta Pelakon Lain Untuk..” – Song Hayoon Didakwa Banyak Buat Hal Di Set Rakaman ‘Marry My Husband’

“Dia Minta Pelakon Lain Untuk..” – Song Hayoon Didakwa Banyak Buat Hal Di Set Rakaman ‘Marry My Husband’

Makin hari, makin ada banyak dakwaan yang dibuat ke atas Song Ha-yoon.

Baru-baru ini, Song Ha-yoon yang semakin dikenali selepas muncul dalam “Marry My Husband” telah dituduh sebagai pembuli ketika di zaman sekolahnya.

Selepas pelbagai dakwaan dibuat, wanita itu akhirnya mengaku bahawa dia pernah dibuang sekolah kerana terlibat dengan kes buli namun tuduhan mengenai apa yang dia lakukan kepada mangsa adalah tidak benar.

Pada 2 April, wartawan hiburan Lee Jin-ho telah memuat naik video baru di YouTube, menyebarkan khabar angin tentang Song Ha-yoon yang banyak buat ‘perangai’ ketika penggambaran “Marry My Husband”.

Terdapat kontroversi mengenai personaliti Song Ha-yoon dalam industri hiburan dan ada beberapa insiden di tapak penggambaran.

song hayoon

Jelas wartawan itu,

Semasa penggambaran adegan drama di mana ada babak tamparan, Song Ha-yoon meminta rakan pelakonnya untuk meminta maaf kepadanya. Dia juga dah banyak kali ubah pengurus dan stylistnya. Setiap kali dia bekerja dalam satu projek, dia akan tukar pengurus dan jurugayanya dua hingga tiga kali.

Selain itu, ketika para pelakon pergi bercuti di Vietnam sebagai ganjaran, Song Ha-yoon juga dikatakan ada buat hal,

Pada hari ketiga percutian mereka, Song Ha-yoon tiba-tiba meninggalkan pelakon lain kerana ada kerja yang tiba-tiba. Ini membawa kepada situasi kelakar di mana pengurusnya ditinggalkan bersedirian di situ.

Namun setakat ini, agensi wanita berusia 37 tahun itu masih belum memberikan apa-apa respon lagi setakat ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...