Bukan senang untuk jadi seorang selebriti kerana kadangkala mereka harus berdepan dengan peminat yang melampaui batas..
Terbaru pada 23 Ogos, V telah menghadiri acara pembukaan kedai Celine sebagai duta global, yang diadakan di Tokyo, Jepun.
Tidak mengejutkan, ratusan peminat telah menunggu ketibaan idola itu tambahan pula, ini merupakan kali pertama V ke Tokyo selepas 4 tahun.
Bagaimanapun, ada seorang peminat telah bertindak berlebihan selepas dia mengikuti V yang ingin memasuki kereta dan terus mencengkam rambut penyanyi itu.
#V ARE YOU KIDDING ME RN???? SHE JUST GRABBED HIS HAIR- ????????pic.twitter.com/5oANvCAZvA
— VinterBear⟭⟬💜ʟᴀʏᴏ(ꪜ)ᴇʀ⁷ (@shadowlike_v) August 23, 2023
Walaupun terdapat pengawal dan kakitangan namun, terlalu ramai peminat yang mengelingi V sehingga staf terlepas pandang.
Selepas video itu tersebar, peminat kebanyakannya meluahkan rasa kesal mereka kerana masih ada ARMY yang tidak menghormati privasi artis tersebut.
Haihh..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.