Ikuti Kami:

“Dia Merupakan Teman Lelaki…” – Jang Geunseuk Dedah Pernah Dikhianati Pemandu Peribadi

“Dia Merupakan Teman Lelaki…” – Jang Geunseuk Dedah Pernah Dikhianati Pemandu Peribadi

Korang boleh bayang tak kalau korang dikhianiati oleh orang yang paling dipercayai?

Pada 22 November, ketika mengacarakan rancangan YouTube miliknya, Jang Geun-seuk telah mendedahkan kejadian yang telah ditimpanya pada tahun 2011.

Be’O yang membuat penampilan sebagai tetamu di rancangan itu telah bertanyakan soalan mengenai hantaran yang pernah dilakukan oleh Jang Geun-seuk pada tahun 2011.

Jang Geun-seuk membalas,

Ada sesuatu kejadian yang terjadi sampai saya memuat naik hantaran itu. Dulu saya ada pemandu yang selalu memandu untuk saya di Jepun. Saya sangat menyukai pemandu itu sebab dia baik sehingga saya sering belikan hadiah untuknya.

jgs beo

Tambahnya,

Tapi, satu hari tu saya dapat tahu bahawa dia sebenarnya teman lelaki kepada salah seorang peminat ‘sasaeng’ saya. Dia bekerja dengan saya hanya untuk menyampaikan kepada peminat tu apa yang saya lakukan dan ke mana saya akan pergi.

Adu pelakon itu lagi,

Saya rasa sangat marah dan dikhianati dan sebab itu juga saya sangat membenci peminat ‘sasaeng’. Kejadian ini yang buat saya tulis ‘saya akan sentiasa menolak peminat yang sering mengikuti saya ke mana sahaja’ di media sosial saya.

Menyeramkan betul kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...