Ikuti Kami:

“Dia Menakutkan..” – Ubah Penampilan 180°, Penonton Puji Lakonan ‘Psiko’ Kim Jihun Dalam ‘Flower Of Evil’

“Dia Menakutkan..” – Ubah Penampilan 180°, Penonton Puji Lakonan ‘Psiko’ Kim Jihun Dalam ‘Flower Of Evil’

Siapa yang sedang menonton drama “Flower Of Evil”, pastinya naik bulu roma setiap kali melihat pandangan tajam pelakon Kim Ji-hun yang membawa watak Baek Hee-sung kan? Selalu bawa watak yang kelihatan ‘normal’ sahaja tetapi tak sangka lelaki ini berbakat membawa watak menyeramkan seperti dalam drama ini.

Pertama kali rasanya nampak Kim Ji-hun menstailkan rambutnya panjang sehingga ke bahu walhal sebelum ini dia lebih dikenali dengan penampilan kemas dan bersih. Tapi watak Baek Hee-sung ternyata membuatkannya terpaksa keluar daripada kepompong demi menghidupkan watak pembunuh bersiri yang menakutkan itu.

kim jihun flower of evil

Kalau anda nak tahu, pelakon ini mula nekad menyimpan rambutnya sejak daripada awal 2019 lagi, lama kan? Masih lagi nampak ‘kemas’ pada Januari 2019 namun penampilannya mula kelihatan ‘rugged’ pada penghujung tahun lepas.

kim jihun flower of evil kim jihun flower of evil

Bukan sahaja mengubah satil rambut, malah lelaki itu juga nekad memulakan diet intermittent fasting (IF) bagi menjaga tubuh badannya supaya kekal tegap dan sihat.

Kalau anda baru sahaja mencuba intermittent fasting (puasa berkala) buat pertama kali, pastikan anda mengikut jadual makan 18:6. Dan pastikan ketika menjamah sebarang makanan dalam tempoh 8 jam, anda perlu ambil kalori dan zat yang diperlukan dalam sehari. Jika tidak, ianya pasti akan memenatkan. Cara ini adalah lebih senang bagi saya berbanding cuba menjamah tiga kali sekali.

Bukan sahaja dapat jaga badan tetapi jumlah peratusan lemak dalam badannya turut turun daripada 10.3% kepada 6.2% selepas mengamalkan regim diet ini. Hebat betul!

kim jihun flower of evil

Siapa sangka Kim Ji-hun mengubah gaya hidupnya bagi memastikan watak Baek Hee-sung dapat dijayakan. Namun pertaruhan ini nyata berbaloi kerana dengar cerita ramai yang termimpi-mimpi wajah bengisnya setiap kali menonton drama “Flower Of Evil”?

Saya tak sangka Kim Ji-hun boleh bawa watak sebegini. Dia memang seorang pelakon yang hebat!

 

Seriuslah, dia melalui trasformasi yang dahsyat..

 

Fuh, babak depan sangkar tu buat saya trauma sehingga seumur hidup.

 

Dia menyeramkan.. Saya asyik berasa takut semasa menonton drama ini. Pandai betul dia berlakon..

 

Semua orang wajib tonton ‘Flower Of Evil’!

Jangan lupa saksikan episod akhir drama ini pada 23 September ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...