Baru-baru ini, Jeon So-min telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Choi Daniel.
Semasa sedang berborak, Jeon So-min turut bercerita tentang hubungannya bersama ayahnya dengan berkata,
Saya tak rapat dengan ayah saya. Saya sangat menyayanginya dan saya juga tahu bahawa dia sayang saya, tetapi saya tidak seperti anak perempuan lain di dunia. Saya tak pernah beritahunya bahawa saya sayang dia atau memegang tangannya. Saya juga tak pernah memaut lengan dengannya mahupun memeluknya.
Sambungnya lagi,
Adakah kerana ayah saya membesarkan saya seperti anak lelaki? Atau mungkin kerana dia membesarkan saya seperti seorang kawan.
Sementara itu, Jeon So-min dan Choi Daniel sedang membintangi drama “Sorry Not Sorry”, disiarkan pada setiap hari Khamis.
Mesti ramai je kan yang ada hubungan dengan ayah macam ni?