Sebagai seorang artis, Taec-yeon pastinya akan melakukan apa sahaja untuk menghiburkan peminat!
Pada 10 dan 11 September, konsert ulang tahun ke-15 2PM “It’s 2PM” telah diadakan di Jamsil Indoor Gymnasium di Seoul dan turut disiarkan melalui Beyond Live.
Seperti biasa, salah satu peraturan di konsert tersebut adalah penonton tidak dibenarkan untuk membuat siaran langsung di sosial media, memandangkan konsert itu turut ditayangkan secara berbayar menerusi Beyond Live.
Bagaimanapun, ketika konsert sedang berlangsung, peminat yang tidak dapat menghadiri secara bersemuka terkejut apabila Taec-yeon melakukan siaran langsung di laman Instagramnya.
ANOTHER TAECYEON IG LIVE IN THE MIDDLE OF CONCERT AHHHAJ PLS I LOVE HIM SO MUCH 😭#2PM #2PM_15th_Anniversary #TAECYEON
pic.twitter.com/KR6VwDHSDw— 새벽이✨ (@Sshana2) September 10, 2023
Pada hari pertama, lelaki itu menunjukkan suasana di konsert dan peminat yang berada di situ. Kemudian pada hari kedua, Taec-yeon turut merakam muka ahli dari jarak dekat.
Memang hebat fan service dia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.