“Dia Masih Adik Comel Saya” – Park Hyungsik Kongsi Hubungan Rapat Dengan V BTS
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Suka kan tengok hubungan rapat antara ‘Wooga Squad’!
Terbaru, Park Hyung-sik, salah seorang ahli ‘Wooga Squad’, telah terlibat dengan temu bual bersama majalah Jepun ‘Mokkan Henshu’. Ketika ditanya soalan,
Apakah perasaan anda apabila melihat rakan anda disayangi di seluruh dunia?
Park Hyung-sik menjawab,
Saya masih tidak percaya. Mereka menerima anugerah di pertunjukan anugerah terkenal Amerika, dan amat mengejutkan apabila melihat penonton asing menyanyi bersama dalam bahasa Korea. Tapi bagi saya, Tae-hyung (nama sebenar V) tetap adik saya yang comel. Apabila kami berjumpa, kami bergurau senda. Dia tidak berubah sejak kami mula-mula bertemu. Dari segi kerja, dia memang profesional, tapi selalunya hanyalah budak biasa.

Sekadar info, kedua-dua Park Hyung-sik dan V BTS mula rapat selepas berlakon bersama dalam drama sejarah “Hwarang”. Ahli ‘Wooga Squad’ yang lain ialah Park Seo-joon, Choi Woo-shik dan Peakboy.
Comel kan persahabatan mereka!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




