“Dia Masakkan Saya..” – Sangat Pemurah, Rakan Pelakon Dedah Kebaikan Isteri Song Joongki
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Meskipun sudah berkahwin dengan Song Joong-ki, jarang sekali kita dengar cerita tentang Katy Louise Saunders.
Terbaru pada siaran 6 Februari program JTBC “Actors’ Association”, pelakon Lim Chul-soo, Jo Han-chul dan Yoon Byung-hee telah bertemu dan bercakap tentang persahabatan mereka dengan Song Joong-ki melalui “Vincenzo”.
Pada awalnya, Lim Chul-soo menayang termos yang diterimanya sebagai hadiah dari Song Joong-ki. Dia berkata,
Ini termos yang Song Joong-ki berikan kepada saya. Apabila saya berpindah, dia juga berikan saya mesin kopi sebagai hadiah. Ini adalah mesin kopi yang saya mahukan, ia juga boleh membuat latte.

Kemudian, Jo Han-chul juga turut berkongsi mengenai hubungan rapatnya dengan isteri Song Joong-ki,
Katy memberi saya minyak zaitun yang sangat bagus. Dia juga ada masakkan saya pasta semasa di Budapest. Ia adalah masakan Itali asli.
Celah Yoon Byung-hee dengan turut berkongsi tentang kebaikan Katy,
Katy juga pernah membuatkan saya pai raspberi.
Wah baiknya Katy, patut la Song Joong-ki sayang!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




