Ikuti Kami:

“Dia Makin Selesa” – 14 Tahun Bersama, Song Jihyo Akui Baru Rapat Dengan Ahli ‘Running Man’

“Dia Makin Selesa” – 14 Tahun Bersama, Song Jihyo Akui Baru Rapat Dengan Ahli ‘Running Man’

Nampak macam rapat kan, tapi sebenarnya Song Ji-hyo mengakui bahawa dia baru sahaja membuka hatinya buat ahli “Running Man” yang lain.

Dalam episod terbaru “Pinggyego”, Song Ji-hyo, Ji Suk-jin dan Haha telah menjadi tetamu Yoo Jae-suk. Antara topik yang dibualkan oleh mereka ialah mengenai wanita itu yang kian ‘manja’ bersama mereka. Ulas Ji Suk-jin,

Pada pagi hari penggambaran, saya mendapat mesej daripadanya bertanya bagaimana saya akan ke lokasi. Dia memberitahu bahawa dia akan mengambil saya untuk pergi bersama.

Yoo Jae-suk kemudian bertanya,

Ji-hyo, kenapa kamu lebih banyak beri perhatian kepada kami?

song jihyo running man

Jawab Song Ji-hyo jujur,

Saya memang selalu memberikan perhatian. Sejujurnya, dahulu saya sangat pemalu selama kira-kira 7 tahun.

Akui Yoo Jae-suk, wanita tersebut menjadi lebih rapat dengan mereka sejak 4 tahun lalu. Malah wanita itu menjelaskan bahawa dia benar-benar baru terasa bahawa mereka semua adalah keluarganya lantas menyebabkan dia semakin mesra.

Patutlah Song Ji-hyo dah makin banyak cakap sekarang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TV Report

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...