Ikuti Kami:

“Dia Mahu Berhenti..” – Haha Undur Diri Dari 2 Program Hiburan, Agensi Beri Respon

“Dia Mahu Berhenti..” – Haha Undur Diri Dari 2 Program Hiburan, Agensi Beri Respon

Walaupun nampak seronok bergelak ketawa di dalam televisyen, tapi pekerjaan penghibur ini merupakan sesuatu yang memenatkan.

Terbaru, Haha mengesahkan bahawa dia bakal meninggalkan dua program popular “Teenage Parents 3” dan “Marriage Hell”. Ulas agensinya mengenai keputusan besar ini,

Dia hanya berhenti sementara dan bukannya menangguhkan aktiviti.

Bagi “Teenage Parents”, kekosongan yang ditinggalkan lelaki itu bakal digantikan oleh Seo Jang-hoon. Namun “Marriage Hell” akan meneruskan penggambaran asal dengan oh Eun-young sebagai pengemudinya.

Disebabkan Haha secara tiba-tiba mengumumkan berita mengejut itu, ramai yang meluahkan rasa risau sama ada lelaki berkenaan mahu berehat seketika. Balas agensinya,

Tiada sebab istimewa mengapa dia mengundurkan diri. Cuma jadualnya terlalu padat dan mahu menyusunnya lebih rapi.

haha

Pun begitu, Haha akan terus muncul seperti biasa dalam “Running Man” dan “How Do You Play”. Jelas agensinya lagi,

Bukan dia memilih program yang mahu disertainya tapi kerana mengambil kira masa dan situasi. Tapi dia membuat keputusan untuk meninggalkan program berkenaan kerana format bermusim.

Bukan itu sahaja,

Haha mengalami masa yang sukar kini kerana aktiviti tiada henti jadi dia cuba menyusun jarak di dalam jadualnya namun dia bukanlah akan berhenti bekerja.

Semoga Haha lebih bertenang selepas ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...