Lee Seung-gi bakal kembali ke layar skrin dengan menjadi pengacara?
Terbaru, JTBC mengesahkan bahawa Lee Seung-gi bakal mengacarakan satu program baru iaitu, “Peak Time” yang akan mula bersiaran pada 2023. Rancangan ini juga akan dihasilkan oleh kumpulan produksi yang turut menjayakan satu rancangan pertandingan nyanyian iaitu “Sing Again”.
“Peak Time” akan menjadi satu rancangan pertandingan nyanyian juga, namun ianya hanya memfokuskan kepada bentuk kumpulan. Jadi, para peserta akan membentuk kumpulan dan bertanding untuk menjadi kumpulan idola bertaraf antarabangsa yang seterusnya.
https://twitter.com/Seunggimylove/status/1602618634278678529
Penerbit bagi “Peak Time” juga berkongsi bahawa
Lee Seung-gi bukan sahaja mempunyai keupayaan yang hebat dalam mengacara, namun dia juga mahir dari segi nyanyian. Jadi, dia mampu untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh peserta.
Wah, makin ramai la kumpulan idola selepas ini kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.