Joo Hyun-young baru-baru berbincang mengenai wataknya dalam drama terbaru!
Joo Hyun-young berkongsi pandangannya mengenai satu drama pembikinan semula yang akan dilakonkannya berdasarkan drama “Call My Agent!”, “Behind Every Star”. Drama ini turut akan dibintangi oleh Lee Seo-jin, Kwak Sun-young, Seo Hyun-woo dan ramai lagi.
Siri asal ini terdiri daripada empat musim dan mengisahkan mengenai perjuangan antara bintang terkemuka dan pengurus mereka secara realistik. Pembikinan semula drama ini akan menampilkan pembawakan elemen terbaru yang sesuai dengan situasi di Korea. Menerusi drama ‘remake’ ini, Joo Hyun-young akan membawa watak sebagai So Hyun-joo, seorang pengurus yang masih rookie di sebuah syarikat hiburan, METHOD Entertainment.
So Hyun-joo merupakan watak yang menghadapi cabaran di dunia nyata selepas datang ke bandar kecil untuk mencapai impiannya. Joo Hyun-joo berkata,
Watak itu mengingatkan saya ketika usia di awal 20-an apabila dia bersemangat tetapi kurang pengetahuan secara praktikal. Ini lah sebab saya rasa watak ini akan berjaya mencuri perhatian peminat.
Dia menambah,
Watak So Hyun-joo lebih matang daripada saya. So Hyun-joo bukan sahaja seorang yang penyabar tapi dia turut bertanggungjawab. Watak ini memperlihatkan seseorang yang meletakkan banyak usaha untuk menjadi individu yang berazam dan berfikiran di saat kritikal.
Melihat kepada siri asal yang amat digemari oleh penonton, Joo Hyun-young berkata,
Siri asalnya merupakan kegemaran peminat dan sekarang ianya diinterpretasikan dalam eleman dan pembawaan gaya Korea. Skripnya juga sangat menarik yang mana saya sendiri mampu membayangkan watak saya dan bagaimana semua babak akan berjalan. Saya harap peminat akan menggemari drama ‘remake’ kali ini!
Untuk pengetahuan, drama ‘remake’ “Call My Agent!” ini akan mula disiarkan pada 7 November akan datang.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.