Ikuti Kami:

“Dia Kumpul Plastik..” – Ahli ‘Running Man’ Usik Kim Jongkook Beli Rumah Bernilai RM19 Juta

“Dia Kumpul Plastik..” – Ahli ‘Running Man’ Usik Kim Jongkook Beli Rumah Bernilai RM19 Juta

Kim Jong-kook berkata dia telah “sembuh daripada tabiat mengumpul beg plastik” selepas membeli rumah bernilai 6.2 bilion KRW (RM19.1 juta).

Dalam siaran rancangan “Running Man” pada 25 Mei, Miyeon dan Soyeon dari (G)I-DLE muncul sebagai tetamu untuk mempromosikan lagu baharu mereka, “Good Thing”.

Semasa pembukaan rancangan, Yoo Jae Suk menyentuh tentang pembelian rumah terbaru Kim Jong-kook dan secara berseloroh berkata,

Ada komen yang cakap, ‘Dia beli rumah tu dengan kumpul beg plastik ke?’

Jenaka itu merujuk kepada episod lalu di mana Kim Jong-kook pernah dipaparkan menyimpan sejumlah besar beg plastik di beranda rumahnya, yang pernah menjadi perhatian penonton.

kim jongkook house

Mengakui rujukan itu, Kim Jong-kook ketawa dan berkata,

Memang ada orang cakap macam tu. Mereka cakap, ‘Dia kumpul semua beg tu sampai boleh beli rumah.’

Dia menyambung,

Lepas tu, saya memang betulkan tabiat tu. Sekarang bila ada beg plastik masuk rumah, saya terus ke verandah dan cakap, ‘Lupakan!’ (sambil buang). Tabiat tu dah sembuh.

Teringin nak tengok rumah baru Kim Jong-kook.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Seoul

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...