Ikuti Kami:

“Dia Kongsi Dengan Rakan Pelakon Lain” – Individu Dedah Lee Yubi 3 Tahun Rakam Video Haram

“Dia Kongsi Dengan Rakan Pelakon Lain” – Individu Dedah Lee Yubi 3 Tahun Rakam Video Haram

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nama Lee Yu-bi terpalit dengan tuduhan yang tidak masuk akal.

Dalam laman komuniti Nate, seorang individu telah memuat naik entri di mana dia menuduh pelakon wanita itu telah merakamnya secara haram selain turut menggodam kandungan di dalam telefon bimbitnya selama 3 tahun. Jelasnya,

Saya tak pernah berjumpa Lee Yu-bi atau teman lelakinya secara bersemuka. Lee Yu-bi bagaimanapun tahu mengenai maklumat peribadi selain mendera saya dengan tuduhan palsu. Bukan sahaja dia terlepas dari hukuman polis, malah dia turut berkongsi kandungan dari telefon bimbit saya yang digodamnya dengan beberapa selebriti di set.

Kata individu itu lagi,

Saya membuat laporan polis sebanyak dua kali pada April tapi mereka tak mahu menerimanya. Mereka memanjangkan isu ini hingga tiga bulan dan menganggap ia sebagai tuduhan palsu.

lee yubi

Meskipun meluahkan perasaan namun rata-rata netizen memberikan respon tidak disangkan buat individu itu apabila mereka memintanya berhenti mereka cerita,

Kalau ada schizophrenia, ambil ubat.

 

Kenapa kami nak percaya awak tanpa sebarang bukti.

 

Kenapa Lee Yu-bi melakukan sesuatu pada awak?

 

Awak ingat cerita ini masuk akal ke?

 

Ini seperti komen menuduh je.

Malah netizen meluahkan rasa takut membaca dakwaan itu selain mempersoalkan mengapa Lee Yu-bi yang aktif sebagai pelakon kini akan melakukan hal sedemikain secara terbuka,

Lee Yu-bi mesti terkejut baca ni.

 

Tolonglah dapatkan rawatan di institusi mental.

 

Teruknya schizophrenia awak.

 

Kehidupan Lee Yu-bi tak sesenang di sangka.

 

Siapa je nak percaya cerita ni?

Macam plot “The Penthouse” je..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...