Setelah lama menanti, Kim Jung-hyun akhirnya kembali dengan drama baru!
Untuk pengetahuan, Kim Jung-hyun akan bergandingan dengan Im Soo-hyang dalam “The Season of Kokdu”, iaitu drama perubatan fantasi yang mengisahkan tentang dewa mati Kokdu, yang pergi bercuti setiap 99 tahun, dan bekerja sebagai doktor pelawat selepas bertemu doktor wanita yang melayannya seperti seorang hamba.
Terbaru, Kim Jung-hyun dan Im Soo-hyang dilihat sedang menjalani penggambaran untuk drama berkenaan, menambah keterujaan penonton untuk menantikan tayangan naskhah ini nanti.
Khususnya, ini merupakan drama pertama Kim Jung-hyun selepas terpalit kontroversi pada tahun lepas, dan juga kerjasama pertamanya bersama Im Soo-hyang.
Dalam drama ini, Kim Jung-hyun akan memainkan watak Kokdu, seorang pemandu sipi dunia bawah tanah. Sebagai makhluk tertinggi dan satu-satunya, Kokdu ialah penuai yang dingin dan kejam yang membimbing orang ramai melalui jalan dunia bawah tanah dengan 99 selekoh ke Syurga. Manakala Im Soo-hyang akan berperan sebagai Han Han-jeol, yang akan menggambarkan kehidupan seorang doktor dari sekolah perubatan terakhir di negara ini.
Sama-sama kita nantikan tayangan “The Season of Kokdu” nanti!