Ikuti Kami:

“Dia Kembali” – Dikritik Sebelum Ini, Aksi ‘Ace’ Song Jihyo Dalam Episod Baru ‘Running Man’ Jadi Sebutan

“Dia Kembali” – Dikritik Sebelum Ini, Aksi ‘Ace’ Song Jihyo Dalam Episod Baru ‘Running Man’ Jadi Sebutan

Peminat “Running Man” pastinya mengetahui bahawa nama Song Ji-hyo hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini kerana prestasi yang dikatakan kurang memberangsangkan.

Walaupun ada yang memintanya keluar dari rancangan itu kerana seperti hanya memakan ‘gaji buta’, rata-rata peminat lama dan media Korea telah tampil mempertahankan pelakon wanita itu. Jelas mereka, kelebihan Song Ji-hyo adalah dari sudut fizikal dan bukannya dari percakapan. Mungkin kerana format “Running Man” yang lebih kepada perbualan ini mengecilkan peluang buatnya bersinar.

Pun begitu, peminat sebenar “Running Man” nyata gembira apabila Song Ji-hyo dilihat berada dalam elemennya tersendiri dek beberapa misi yang melibatkan kekuatan dalam episod terbaru ini.

song jihyo jeon somin

Dalam salah satu misi, mereka perlu menolak pihak lawan sekuat hati dan sesiapa yang jatuh ke dalam talam air dahulu dikira kalah. Berhadapan dengan Jeon So-min, Song Ji-hyo berjaya mengawal dirinya dari jatuh selain memastikan lawannya itu menyentuh air apabila ditolak.

Hanya permainan, wanita itu dilihat memeluk Jeon So-min selepas pusingan tersebut selain turut melihat keadaan adiknya itu semasa mereka ke tempat menunggu. Bahkan keduanya tertawa sahaja melihat telatah masing-masing selain diusik oleh ahli lelaki lain.

Dalam misi lain, Song Ji-hyo dipasangkan bersama Jooheon MONSTA X bagi menolak kiub besar di mana mereka perlu memastikan pasukan lawan jatuh ke luar garisan yang ditetapkan. Dengan bantuan idola itu, pelakon wanita tersebut turut bekerja keras bertahan menggunakan kekuatan kaki supaya mereka tidak terlepas dari garisan.

Sokong Kim Jong-kook,

Ketika Song Ji-hyo bina badan dahulu, dia ada tenaga yang kuat.

song jihyo

Dengan gabungan kekuatan mereka, kumpulan itu berjaya mengalahkan pasangan Jeon So-min dan Yang Se-chan.

Komen penonton selepas menonton episod ini,

Amboi, yang tak dapat kutuk Song Ji-hyo tu mesti tak tenang. Tak payah fikir susah-susah, Song Ji-hyo kuat bahagian stamina, Jeon So-min pakar bahagian percakapan.

 

Saya suka tengok keserasian antara ‘Mongdol’.

 

Kelakar bila Ji-hyo tolak So-min dan mereka berpelukan selepas itu.

 

Macam budak sekolah bergaduh~

 

Song Ji-hyo pasti menang. Dia kan ace~

 

Saya harap Song Ji-hyo kekalkan prestasi ini untuk episod akan datang juga.

Cayalah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...