Ikuti Kami:

“Dia Kekal Bercakap & Berjalan Seperti Sangtae” – Netizen Puji Kebaikan Oh Jungse Tunai Hajat Peminat Istimewa

“Dia Kekal Bercakap & Berjalan Seperti Sangtae” – Netizen Puji Kebaikan Oh Jungse Tunai Hajat Peminat Istimewa

Siapa yang sedang mengikuti drama “It’s Okay To Not Be Okay” pasti tersentuh melihat lakonan Oh Jung-se yang membawa watak Moon Sang-tae iaitu seorang yang berada dalam spektrum autisme.

Terbaru, pelakon itu sekali lagi menyentuh hati ramai orang dengan meluangkan masa yang ada bersama dengan seorang peminat istimewa. Menerusi cerita kakak kepada peminat itu, adiknya yang merupakan seorang pemain celo sangatlah terbuai melihat lakonan Oh Jung-se sebagai Moon Sang-tae dalam drama psikologi tersebut.

oh jungse luang masa dengan peminat istimewa

Pemain celo itu yang juga mempunyai masalah perkembangan berasa sedih apabila melihat babak Sang-tae menangis di acara perjumpaan bersama peminat Ko Mun-yeong. Disebabkan itu, Bae Boum-joon beberapa kali meluahkan hasrat untuk berjumpa dan meluangkan masa dengan Oh Jung-se di taman tema kepada kakaknya. Wanita tersebut kemudiannya menghubungi pelakon tersebut dan tak sangka dia bersetuju untuk berjumpa dengan pemain celo tersebut.

 

View this post on Instagram

 

♡ “#오정세가_누구야?” 어? “#문상태형아가_왜_오정세야?” 어? 어………저기….그니까… 범준의 토욜저녁은 빨래하는 날 (자신의 속옷 손빨래) 범준의 일요일은 만들기랑 게임하는 날 (과자상자로 버스를 만들고 좋아하는 게임을 1~2시간) 그 시간은 사이코가괜찮아 드라마하는 시간이다. 드라마에서 큰소리(싸우는소리)가 나오면 놀라서 후다닥 나온다 “어? 왜 그래?” 그러면 나와딸램이 설명해준다 (많~~~~~이 희석해서^^) “나쁜사람 혼내 주는거야~” 그러면 다시 방으로 들어가서 만들기를 계속한다. 요즘 딸램폰으로 계속 문자가 오고 (오정세님과의 에피소드관련) ‘오정세’란 이름을 보고 듣는 범준이가 “오정세가 누구야?” 라고 묻는다. 게다가 오정세님의 멋진 사진을 한참을 본다^^;;; “어…음….그니까 아 맞다 범준이도 배범준 말고 이름있지? 리치(rich), 데이비드(David) (어릴적에) 그것처럼 이름이 여러개래”^^;; “………..아… 그렇구나” 그리고는 말이없다. 휴~ 잘 넘어간거지? 그 런 데 “굿 다이노가 왜 텔레비젼에 있어? 집에 있는데 왜 저기있어? 내꺼 가짜야?” 어…. 저기 있는게 집에 있는거야 비디오는 또 보고 보고 또 볼 수 있지? 똑 같아 그냥 영상이야 저번에 찍은거래 “문상태형아는 오정세형아고 굿다이노는 진짜고 오정세 형도 비행기 태워줄게~” 휴~~~~~^^;;; #배범준 도 이젠 알아요 #문상태 형이 #오정세 인거 #사이코지만괜찮아 #본방 보는 중 #해석 하느라 진땀 그런데….좀 지나서 다시 묻는다 “오정세가 왜 문상태형아야?” -.-;;; 이해 할 날이 오겠죠? 아직도 싼타를 믿기는 하지만…. #Bae boumjun #cello #Oh jongse

A post shared by BAEBOUMJUN (파란하늘)cellist (@boumjun_bae) on

Bahkan Oh Jung-se berjumpa dengan Bae Boum-jun dengan berpakaian sebagai Sang-tae dan juga berada dalam watak tersebut seperti mengekalkan cara percakapannya dan juga cara dia berjalan. Pelakon itu bersama-sama bermain di semua permainan yang ada di taman tema di situ dan mengakhiri pertemuan mereka dengan pelakon itu menghadiahkan patung dinosaur kegemaran Sang-tae kepada pemain celo tersebut.

oh jungse luang masa dnegan peminat istimewa

Tak cukup dengan itu, ibu kepada Bae Boum-jun turut memuat naik satu entri di laman Instagram dan memuji sikap baik Oh Jung-se.

Bertemu dengan malaikat? Mereka bersinar dan anda tak boleh melihat secara terus.

Wanita tersebut turut menceritakan kejadian sepanjang hari istimewa buat anaknya tersebut selain mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu menjadikan impian Bae Boum-jun sebagai satu realiti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...