Tak lama lagi, Choi Si-hun akan memulakan hidup baru sebagai suami isteri bersama Ailee.
Sebelum ini, agensi telah mengumumkan bahawa selepas setahun bercinta, Ailee telah memutuskan untuk berkahwin dengan Choi Si-hun, pada April 2025 nanti.
Menerusi laman Instagram, Choi Si-hun telah memuat naik foto mesranya bersama bakal isteri, Ailee, sambil menulis ucapan susulan pengumuman tentang perkahwinan mereka.
Pada awalnya, lelaki itu berkongsi tentang pertemuan pertamanya bersama Ailee dan berkata,
Saya bertemu Puteri Ye-jin (nama sebenar Ailee) setahun lalu dan jatuh dengannya sebagai artis selepas melihatnya di atas pentas. Semasa kami berkongsi kisah hidup kami, saya jatuh cinta dengannya sebagai manusia dan mahu melindunginya sepanjang hayat saya.
View this post on Instagram
Sambung Choi Si-hun,
Saya akan bermula sebagai seorang suami yang serba kekurangan tetapi saya akan membahagiakannya dan mengisi kekurangan. Puteri Ye-jin, yang mengatakan saya adalah orang yang paling kelakar di dunia, akan menjalani seluruh hidupnya dengan ketawa.
Akhir sekali, dia menambah,
Saya ingin menulis ucapan ringkas ini kepada semua yang telah menyayangi dan menyokong Ye-jin selama 12 tahun yang lalu. Saya yakin saya boleh melindungi Ye-jin, wanita paling hebat di dunia, sepanjang hayat saya.
Tahniah Ailee dan Choi Si-hun!