Ikuti Kami:

“Dia Kan Cepat Sakit..” – Lee Sangwoo Didakwa Penting Diri, Kim Soyeon Tampil ‘Back Up’ Suami

“Dia Kan Cepat Sakit..” – Lee Sangwoo Didakwa Penting Diri, Kim Soyeon Tampil ‘Back Up’ Suami

Kadang-kadang apa yang kita cuba sampaikan mungkin tidak membawa maksud sebenarnya.

Pada minggu lalu, Kim So-yeon telah menjadi tetamu dalam rancangan “You Quiz On The Block”. Kongsi wanita itu mengenai sisi romantik suaminya, pelakon Lee Sang-woo,

Lee Sang-woo ialah orang yang paling menjaga kesihatan saya berbanding orang lain.

Jelas wanita itu, suaminya jarang menghidupkan pemanas,

Pada ketika itu, Lee Sang-woo percaya bahawa jika tidak mahu bersedih dengan cuaca sejuk di luar, suhu dalam rumah perlu dikekalkan ke satu tahap yang sesuai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 김소연 kim so yeon (@sysysy1102)


Kim So-yeon mendedahkan bahawa lelaki tersebut menetapkan hari tertentu di mana mereka boleh menghidupkan pemanas,

Saya sering berasa kesejukan, jadi saya mahu menghidupkan pemanas pada penghujung September ke Oktober. Tapi dia tak membenarkannya. Hari jadi saya ialah pada 2 November, jadi dia berjanji akan menghidupkan pemanas pada hari istimewa itu.

Tambahnya,

Pada hari jadi saya tahun lalu, kami berdua mengira sehingga angka tiga untuk menekan suis pemanas bersama. Ada perkara baik apabila melakukan hal itu. Hari jadi merupakan satu hari yang menjadi kurang bermakna apabila semakin menginjak usia lantas kita tak sedar betapa lamanya menunggu untuk hari itu. Saya terfikir, ‘Oh, ada benda baik yang akan berlaku pada hari jadi saya’.

Mendengarkan cerita wanita itu, rata-rata peminat meluahkan rasa risau sekiranya Lee Sang-woo mementingkan diri hingga tidak kisahkan Kim So-yeon yang mudah kesejukan. Malah laman Instagram Lee Sang-woo dipenuhi dengan komen memintanya menghidupkan pemanas buat Kim So-yeon.

kim soyeon lee sangwoo

Disebabkan oleh itu, pelakon wanita berkenaan terpaksa memuat naik penjelasan mengenai hal tersebut di Instagram miliknya,

Kami memutuskan untuk menghidupkan pemanas pada waktu tertentu dan bukan dengan sewenangnya bagi memperbaiki imuniti badan menerusi senaman demi kesihatan sendiri. Kami bersetuju melakukannya pada awal November. Sebagai satu cabaran menyeronokkan, kami menghidupkan pemanas pada 2 November yang jatuh ketika hari jadi daya. Disebabkan itu, saya berasa semakin sihat. Sebenarnya, Lee Sang-woo tak berapa suka sekiranya rumah terlalu panas. Saya berasa kasihan kerana dia perlu menahan suasana yang terlalu panas pada musim bunga dan sejuk kerana saya.

Ulas Kim So-yeon lagi,

Saya tak pandai menyusun ayat dan memendekkan penjalasan itu. Tapi, saya berasa gembira pada hari jadi tahun lalu dan ia merupakan kenangan manis buat saya. Terima kasih kerana berasa risau.

Asalkan dorang bahagia..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...