Bukan sahaja rakan sekerja, hubungan Yoo Jae-suk dan Haha pastinya sudah rapat seperti ahli keluarga.
Terbaru dalam siaran “Hangout with Yoo”, Yoo Jae-suk dan Haha tampil sebagai pemandu teksi dan bekerja untuk syif petang.
Ketika sedang memandu, Haha mengimbas kembali kisah lalunya dan menceritakan bagaimana Yoo Jae-suk sentiasa memberi sokongan kepadanya,
Dulu, saya pernah memutuskan hubungan dengan semua orang. Tapi pada masa itu, hanya Yoo Jae-suk yang tetap berada di sisi saya.
Sambungnya lagi dengan mendedahkan kebaikan Yoo Jae-suk,
Haritu saya pergi ke gim dengan kawan saya dan Yoo Jae-suk beri semua peralatan gim kepada saya. Saya masih tak faham kenapa dia layan saya dengan baik? Saya sangat terharu.
Patut la ramai sayangkan Yoo Jae-suk..