Ikuti Kami:

“Dia Janji Nak..” – Gong Hyojin Akui Tak Berhenti Menangis Selepas Suami Sertai Khidmat Tentera

“Dia Janji Nak..” – Gong Hyojin Akui Tak Berhenti Menangis Selepas Suami Sertai Khidmat Tentera

Pejam celik pejam celik, sudah setahun Gong Hyo-jin mendirikan rumah tangga.

Terbaru, Gong Hyo-jin telah tampil sebagai tetamu dalam program “You Quiz on the Block”, di mana dia ada bercerita tentang kehidupannya bersama suaminya, Kevin Oh.

Sebelum ini, agensi telah mengumumkan bahawa Kevin Oh secara senyap telah menyertai khidmat tentera pada Disember 2023, selepas melepaskan kewarnegaraan Amerika Syarikatnya.

Menerusi penampilannya dalam rancangan itu, Gong Hyo-jin berkongsi perasaannya selepas suaminya memasuki tentera. Luahnya,

Saya bimbang tentang masa yang perlu saya luangkan bersendirian. Sudah dua malam suami saya menyertai tentera. Saya telah berjaga sepanjang malam dengan air mata sehingga saya datang ke sini hari ini.

gong hyojin kevin oh

Sambung pelakon wanita itu lagi,

Kevin berjanji setiap jam 10 pagi atau bila dia boleh pegang telefon, dia akan hantar mesej kepada saya. Jadi saya rasa seperti hidup di dalam filem-filem yang menunggu mesej dari suaminya.

Sabar tau Gong Hyo-jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...