Ramai kan yang selalu kongsi kebaikan Song Joong-ki?
Salah seorang daripadanya ialah Tiffany Girls’ Generation di mana dia bercerita tentang kebaikan lelaki itu ketika menjadi tetamu “Radio Star” baru-baru ini.
Jelasnya mengenai penggambaran “Reborn Rich”,
Saya merakam beberapa babak bersama Song Joong-ki. Ketika berlakon, dia akan bawa pemancar ke set. Dia cuba menjaga saya selalu dan sentiasa menaikkan mood di set.
Tambahnya lagi, Song Joong-ki akan sentiasa menyebut ‘Kita cuba sekali lagi’ apabila saya tak buat yang terbaik atau tah tahu ketika berlakon,
Dia sangat bertimbang rasa dan memimpin saya dengan baik dalam lakonan.
Baiknya dia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.