Jarang lah dengar cerita buruk mengenai Song Ji-hyo.
Dalam satu video terbaru YouTube di salurannya, Ma Seon-ho sempat berkongsi mengenai kebaikan Song Ji-hyo semasa dia menjadi tetamu “Running Man”.
Jelasnya, wanita itu kerap melihat keadaan dirinya sepanjang rakaman dan memberikan pelembap bibir kerana wajah lelaki yang kelihatan kurang bermaya.
Saya masih menyimpannya sampai sekarang.
Malah, ketika makan malam selepas penggambaran pun, Song Ji-hyo berterusan menjaganya dengan membantu memasak daging buat semua di situ.
Dia asyik masak daging dan memberikannya buat Kim Jong-kook dan saya yang duduk di sebelahnya.
Jelasnya, dia memang seorang yang suka menjaga sesiapa di sisinya.
Sebab tu lah semua sayang Song Ji-hyo!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.