Ikuti Kami:

“Dia Jaga Imej ‘Sempurna’..” – Wartawan Dedah Personaliti Sebenar Lee Junho

“Dia Jaga Imej ‘Sempurna’..” – Wartawan Dedah Personaliti Sebenar Lee Junho

Ternyata Lee Jun-ho bukan hanya sekadar baik di hadapan kamera kerana lelaki itu dikatakan mempunyai personaliti positif ketika bersama wartawan juga.

Disebabkan itu, seorang wartawan yang sudah bersara namun aktif di YouTube kini iaitu Lee Jin-ho telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai gosip cinta antara Jun-ho dan Yoon-a selain bercerita tentang personaliti ahli 2PM itu.

Apa yang boleh dikatakan, sehingga ke hari gosip cinta itu dilaporkan, kedua mereka tidak mempunyai hubungan romantik.

jtbc king the land

Tambahnya,

Kedua-duanya ialah profesional. 20 tahun aktif, semestinya mereka profesional. Kalau mereka tak boleh tanggung berlakon di hadapan kamera, siapa yang boleh? Mereka tiada pilihan tapi untuk melakukan terbaik. Itu ialah yang terbaik mereka boleh lakukan buat penonton dan bebanan yang ditanggung pelakon utama.

Jelas Lee Jin-ho lagi, Lee Jun-ho ialah seorang yang teliti dan mempunyai kecenderungan ‘kesempurnaan’,

Walaupun dia tak minum, namun dia tak akan mendekati stereng kereta jikalau ada bau alkohol sedikit pun. Sebagai seorang yang menjadi bintang terkenal menerusi kesusahan, dia tahu bagaimana sukarnya untuk mengekalkan posisi itu. Bukan gaya Lee Jun-ho untuk menayangkan hubungan romantik dengan pasangan pelakon seperti itu.

lee junho

Dalam pada itu, Lee Jun-ho dan Yoon-a yang sama-sama menerajui “King The Land” telah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa mereka bercinta.

Betul-betul jaga imej tau Lee Jun-ho!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...