Ikuti Kami:

“Dia Idola Pertama & Terakhir Saya Suka” – Kang Hoon Dedah Mula Berlakon Sebab Idola Wanita Ini

“Dia Idola Pertama & Terakhir Saya Suka” – Kang Hoon Dedah Mula Berlakon Sebab Idola Wanita Ini

Siapa sangka, seorang idola wanita ini adalah sebab Kang Hoon mula terlibat dalam dunia lakonan.

Baru-baru ini, Kang Hoon yang memainkan watak Ha Jong-ho dalam “Little Women”, telah terlibat dengan satu temu bual susulan tamatnya drama tersebut.

Bagi yang belum tahu, selain “Little Women”, Kang Hoon juga pernah muncul dalam drama lain seperti “The Red Sleeve”, “You Are My Spring” dan banyak lagi.

Sebelum ini, dalam sebuah program hiburan, Kang Hoon pernah berkongsi bahawa dia merupakan peminat Tae-yeon SNSD. Ketika sesi temu bual, pelakon itu mendedahkan bahawa Tae-yeon adalah sebab dia ingin memulakan kerjaya lakonan. Kongsinya,

Semasa saya di tahun kedua sekolah menengah, Tae-yeon adalah idola pertama dan terakhir yang saya suka. Saya memulakan kerja ini (pelakon) kerana dia. Saya hanya ingin berterima kasih kepadanya untuk itu.

kang hoon taeyeon

Jelasnya lagi dengan lebih lanjut,

Saya pernah tinggal di kawasan luar bandar jadi saya memikirkan bagaimana saya boleh berjumpa dengan Tae-yeon. Pada masa itu, saya mendaftar untuk akademi lakonan di Seoul, dan guru saya meletakkan saya di atas pentas. Saya suka gegaran yang saya ada di pentas itu, jadi saya terus berlakon. Sekarang di hadapan kamera, saya juga dapat merasakan gegaran itu, jadi saya fikir saya tidak melepaskan peluang dan memulakan kerja ini.

Wah, ramai betul yang jadikan Tae-yeon sebagai inspirasi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...