Laporan dari Money Today kembali membangkitkan hujah bahawa Kim Soo-hyun tidak menjalinkan hubungan dengan Kim Sae-ron ketika mendiang masih di bawah umur,
Khususnya pada 2017 hingga 2019, Kim Soo-hyun dikatakan pernah bercinta dengan seorang idola yang kini lebih aktif sebagai pelakon, dikenali sebagai ‘A’.
Katanya mereka berdua mula berkenalan ketika masing-masing bernaung di bawah agensi yang sama pada ketika itu dan hubungan mereka sebenarnya adalah seperti ‘rahsia terbuka’ dalam industri.
Ini sekaligus membuktikan bahawa Kim Soo-hyun tidak pernah bercinta dengan Kim Sae-ron pada tahun tersebut, seperti yang didakwa ahli keluarga wanita itu sebelum ini.
Ulas orang dalam industri,
Kim Soo-hyun dan ‘A’ bercinta pada 2017 hingga 2019. Pada 2019 hingga 2020 pula, dia bercinta dengan Kim Sae-ron.
Namun setakat ini, masih tiada pengesahan lagi mengenai dakwaan tersebut.