Ikuti Kami:

“Dia Hot” – Hampir 600 Ribu Tontonan, Klip Sehun EXO Tidak Berbaju Tular

“Dia Hot” – Hampir 600 Ribu Tontonan, Klip Sehun EXO Tidak Berbaju Tular

Tahun ini merupakan tahun yang gembira buat EXO-L!

Bagi yang belum tahu, EXO akan kembali menemui penonton menerusi “EXO’s Ladder” musim ke-4, susulan kemunculan semula mereka dengan album baru.

“EXO’s Ladder” akan mengikuti ahli memulakan perjalanan baru mereka di tempat baru, dengan misi yang perlu diselesaikan. Ianya akan membawa penyembuhan, keseronokan dan ketawa kepada penonton.

Terbaru, video teaser untuk rancangan itu telah dikeluarkan, menambah keterujaan penonton untuk melihat kekecohan mereka ketika melakukan pelbagai aktiviti.

Menarik perhatian, klip Se-hun yang dilihat tampil tidak berbaju dari video itu, juga telah tular di Twitter kini dengan hampir mencecah 600 ribu tontonan.

Sementara itu, episod pertama “EXO’s Ladder 4” akan mula ditayangkan pada 11 Ogos ini.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...