Selepas 3 tahun menyepikan diri bagi memberikan fokus kepada anak sulungnya, akhirnya Kang So-ra kembali dalam dunia lakonan.
Walaupun tamat dengan rating dalam lingkungan 1% sahaja, namun ramai yang memuji lakonan wanita itu yang kelihatan semakin matang untuk naskhah romantik melodrama “Strangers Again”.
Bahkan Kang So-ra dipuji ‘cool’ apabila tidak kisah tampil seksi dalam drama berkenaan, sama ada tampil dengan hanya bertuala mahupun melakonkan babak intim bersama Jang Seung-jo.
Mungkin ada sesetengah orang tak selesa jika pasangan mereka menjayakan aksi mesra berlebihan, namun tidak bagi suami Kang So-ra. Kongsinya mengenai reaksi doktor perubahan oriental itu mengenai drama “Strangers Again”,
Saya merupakan seorang yang sentiasa mahu bekerja, jadi kami menghormati hal kerjaya masing-masing.
Untuk pengetahuan, “Strangers Again” membawa kisah pasangan peguam penceraian yang sudah lama berpisah namun bertemu kembali dan perlu menghadapi perasaan masing-masing yang kembali berbunga.
Cool tak suami Kang So-ra!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉