Ikuti Kami:

“Dia Hebat” – Bona WJSN Kongsi Rasa Kagum Pada Kim Taeri Dalam ‘Twenty Five, Twenty One’

“Dia Hebat” – Bona WJSN Kongsi Rasa Kagum Pada Kim Taeri Dalam ‘Twenty Five, Twenty One’

Watak Bona WJSN dalam “Tweny Five, Tweny One” adalah salah satu watak yang memberi impak hebat dalam drama tersebut, kan?

Bagi yang belum tahu, pada masa ini Bona sedang membintangi drama popular tvN “Twenty Five, Twenty One” sebagai Ko Yu-rim, seorang atlet lawan pedang negara. Peranannya dalam drama tersebut telah menerima reaksi positif daripada penonton dek lakonannya yang semula jadi.

Baru-baru ini, Bona telah terlibat dengan penggambaran bersama majalah Elle. Selepas sesi bergambar, dia mengikuti sesi temu bual, dia mana dia berkongsi daya tarikannya ketika berlakon. Menurutnya,

Sebelum ini, saya ialah seseorang tanpa banyak air mata. Walau bagaimanapun, di set penggambaran, saya terus menangis dalam adegan apabila saya tidak sepatutnya menangis. Saya tidak tahu saya seorang yang mudah menangis. Pelbagai emosi dan sisi saya yang keluar tanpa sedar semasa berlakon, sungguh menarik.

twenty five twenty one

Dia juga turut meluahkan rasa kagumnya kepada pelakon bersama Kim Tae-ri,

 Buat pertama kalinya, saya melakukan projek yang memberi tempoh persediaan yang panjang di mana saya boleh berlatih lawan pedang selama tiga bulan. Dalam tempoh itu, Kim Tae-ri secara beransur-ansur membina wataknya, dan saya menyaksikan perkembangannya perlahan-lahan menjadi Na Hee-do ketika berada di sisinya. Saya fikir dia hebat, dan saya mahu menjadi pelakon seperti dia. Saya benar-benar mahu melakukannya dengan baik.

Sekadar info, selain pelakon, Bona juga ialah seorang idola K-Pop dan merupakan ahli kumpulan WJSN atau juga dikenali sebagai COSMIC GIRLS, di bawah agensi Starship Entertainment.

Suka tengok lakonan Bona.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...