Nampaknya, masih ramai yang semakin yakin bahawa ada ‘sesuatu’ antara Byeon Woo-seok dan Kim Hye-yoon.
Terbaru menerusi program “Radio Star”, salah seorang pelakon dari “Lovely Runner” iaitu Jung Young-joo telah bercakap tentang kemungkinan hubungan cinta antara Byeon Woo-seok dan Kim Hye-yoon.
Pada awalnya, Jung Young-joo mendedahkan,
Byeon Woo-seok gementar untuk melakukan adegan di mana dia perlu memberikan pandangan romantis pada Kim Hye-yoon. Dia sangat malu.
Selain itu, pelakon veteran tersebut mengaku bahawa kedua mereka mempunyai keserasian luar biasa sehingga menyebabkan ramai orang syak bahawa mereka sedang bercinta.
Orang ramai tanya sama ada mereka benar-benar bercinta. Byeon Woo-seok pun pernah cakap wanita idamannya ialah seseorang yang kecil dan bijak, ia betul-betul seperti Hye-yoon. Jadi saya terus berkata padanya ‘Korang keluar je la dating!’. Nampaknya, mereka sangat menyukai satu sama lain pada ketika itu.
Pelakon lain pun dah mula syak ni..