Tidak semena-semena, Go Min-si telah dituduh sebagai pembuli di sekolah.
Menerusi laman komuniti dalam talian, satu siaran bertajuk “Kami adalah mangsa buli Go **” telah dimuat naik, yang menyatakan bahawa dia pernah dibuli oleh seorang pelakon terkenal.
Khususnya, individu itu mendakwa bahawa pelakon tersebut pernah membuli rakan sekelas, mencuri wang dan mengejek pelajar kurang upaya.
Meskipun hantaran itu tidak mendedahkan dengan jelas nama pelakon tersebut, netizen membuat spekulasi bahawa ia merujuk kepada Go Min-si.
Sebagai respon, agensi dengan keras menafikan tuduhan berkenaan dan menjelaskan,
Selepas memeriksa dengan Go Min-si sendiri, dakwaan melakukan keganasan di sekolah adalah tidak berasas. Kami mempercayai pelakon itu dan kami tidak tahu siapa yang menulis hantaraan tersebut.
Suka hati je tuduh..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.