“Dia Digunakan” – Babak Pendek, Netizen Persoal Kenapa G-Dragon Selit Karina aespa Dalam MV ‘Too Bad’
- oleh irsa
- 1 tahun lalu
Kalau dah G-Dragon, semestinya apa sahaja yang dilakukan akan mendapat perhatian ramai.
Terbaru, lelaki itu telah meriliskan muzik video untuk lagu terbarunya iaitu “Too Bad” dan “Drama” yang merupakan lagu utama untuk album solo ‘Übermensch’.
Sebelum diriliskan lagi pun, ramai yang sudah menunjukkan rasa teruja melihat kemunculan Karina dalam teaser “Too Bad”, Walau bagaimanapun, selepas muzik video itu dilancarkan, rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dengan babak ahli aespa itu.
Hanya beberapa puluh saat, ada yang mengatakan bahawa G-Dragon hanya menggunakan wanita itu untuk momen ‘viral’ sahaja kerana bahagian tersebut langsung tidak memberikan impak pada lagu berkenaan.
OMG KARINA AND G-DRAGON PAIR DANCE pic.twitter.com/HK6DLKgZJj
— Karina♡ (@ujiminphoria) February 25, 2025
Komen netizen,
- Itu je.
- Ia sangat tidak penting sehingga saya langsung tidak faham mengapa Karina menerima tawaran ini.
- Rasa macam MV tahun 2015.
- Tak memberikan impak langsung.
Apa komen korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




