Ikuti Kami:

“Dia Dendam..” – Kawan Baik Dedah Kim Soohyun Banyak Perempuan Simpanan Ketika Bercinta Dengan Kim Saeron

“Dia Dendam..” – Kawan Baik Dedah Kim Soohyun Banyak Perempuan Simpanan Ketika Bercinta Dengan Kim Saeron

Semakin hari, semakin ramai pula yang membuka cerita tentang hubungan Kim Soo-hyun bersama mendiang Kim Sae-ron.

Terbaru menerusi saluran YouTube Garo Sero Institute, kawan baik Kim Sae-ron yang dirujuk sebagai ‘A’ telah tampil mengesahkan bahawa memang benar Kim Soo-hyun bercinta dengan Kim Sae-ron ketika mendiang masih di bawah umur.

Menerusi rakaman perbualan, A menjelaskan,

Memang benar mereka berjumpa semasa dia di bawah umur. Dari perspektif Kim Soo-hyun, dia tahu segala-galanya. Dari sudut lain, dia juga adalah kelemahannya. Saya rasa Kim Soo-hyun pernah cuba untuk menjauhinya. Itu yang Sae-ron beritahu saya.

kim soohyun kim saeron

Sambung A lagi,

Sae-ron berkata bahawa sukar untuk dia mengekalkan kedudukannya sebagai ‘permaisuri’ dalam hubungan selama enam tahun mereka kerana Kim Soo-hyun mempunyai ramai gundik. Kim Sae-ron simpan banyak rasa dendam terhadapnya tapi dia cuba untuk bertahan kerana perjanjiannya untuk berkahwin.

Sementara itu, keluarga Kim Sae-ron juga dijangka akan mengadakan sidang akhbar hari ini, bagi mendedahkan bukti mereka menjalinkan hubungan ketika mendiang di bawah umur.

Nantikan info seterusnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Herald Economy

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...