Ikuti Kami:

“Dia Dah Tak Perlukan Yoo Jaesuk” – Rating ‘Reap What You Sow’ Tinggi, Penonton Puji Lee Kwangsoo

“Dia Dah Tak Perlukan Yoo Jaesuk” – Rating ‘Reap What You Sow’ Tinggi, Penonton Puji Lee Kwangsoo

Sepertinya ramai yang meluahkan rasa kagum melihat sisi kepimpinan Lee Kwang-soo dalam rancangan hiburan kini.

Siapa yang sering menonton program hiburan Korea, pastinya tahu gabungan Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo adalah sesuatu yang tidak asing lagi. Malah persona lelaki itu acap kali terperangkap dengan imej ‘mangsa buli’ dan ‘lurus’.

Pun begitu, Lee Kwang-soo membuktikan bahawa dia mampu menjadi ketua kini apabila berjaya memandu rakan yang lain dalam rancangan baru “Reap What You Sow” seperti Kim Woo-bin, Kim Ki-bang dan Do Kyung-soo (D.O.).

Oleh kerana kesemua selebriti ini jarang menyertai program hiburan, sudah semestinya mereka agak teragak-agak untuk mempersembahkan diri. Walau bagaimanapun, Lee Kwang-soo berjaya membawa setiap dari ke depan dan mencipta imej masing-masing lantas terbukti dia merupakan seorang ‘pemimpin’ yang baik.

kong kong pat pat

Menurut penonton, Lee Kwang-soo berjaya melepaskan diri dari menjadi ‘orang kanan’ Yoo Jae-suk menerusi rancangan ini dan terbukti boleh berdiri sendiri tanpa aturan sesiapa. Sebelum ini, ramai yang mengatakan lelaki itu tidak boleh berdiri sendiri apabila kerap menyertai rancangan yang dikemudi Yoo Jae-suk seperti “Korea No 1”, “Busted”, “The Zone: Survival Mission” meskipun sudah meninggalkan “Running Man”.

Malah sasaran Na Young-seok iaitu pengarah “Reap What You Sow” juga tercapai dalam episod pertama sahaja di mana dia berazam dan mengakui berpuas hati sekiranya melepasi rating 3% sahaja. Menurut Nielsen Korea, episod pertama rancangan itu berjaya meraih catatan sebanyak 3.73%.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...