Hanya memilih untuk berdiam diri, seorang kenalan rapat akhirnya mendedahkan tentang keadaan Kim Soo-hyun kini selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Menurut laporan media, seorang wakil dari agensi lelaki itu memberitahu,
Kim Soo-hyun mengalami masa yang sukar sekarang.
Sambungnya,
Kakitangan sentiasa berada bersamanya kerana dia benar-benar sibuk. Dia juga dah pergi kepada setiap rakan sekerja dan kakitangan untuk meminta maaf.
Selain itu, mengenai sebab mengapa Kim Soo-hyun masih tetap meneruskan penggambaran untuk drama dan rancangan hiburan, agensi menyatakan,
Kami tidak pernah diminta oleh pihak produksi untuk menarik diri daripada rancangan itu dan kami juga tidak membuat sebarang keputusan untuk berbuat demikian. Setahu kami, pihak produksi percaya Kim Soo-hyun dan sedang menunggunya.
Haihh la..